Home arrow Fardhu A'in arrow 6 Sebab Solat Tidak Khusyuk
6 Sebab Solat Tidak Khusyuk

Memang terkejut bila melihat dalam  youtube tentang satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi diletakkan dalam bekas besi kemudian di curahkan air minuman coca cola ke atas daging babi itu,  setelah dibiarkan dua jam nampak dengan begitu banyak sekali ulat - ulat  kecil yang  banyak sekali merayap keluar dari daging babi itu. Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara  pertama dahsyatnya dan jijiknya  daging . kedua  bangga menjadi muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung didalam yang berbentuk suruhan wajib ikut dan yang terlarang mesti dihindari.

 

Kalau nak  tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat quran surah al maaidah ayat 3 yang bermaksud: “ Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi an daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…. Semak lagi surah al anaam ayat 145 firman Allah yang bermaksud  : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi.

 

Pengharaman babi dalam al Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat  yang sedang melanda dunia termasuk  Negara kita Malaysia iaitu H1 N1yang  sudah meragut 44 nyawa . SubhanAllah maha suci Allah  yang mengetahui keburukan apa yang diciptaNya. Kalau Allah kata tak boleh rupanya bahaya sangat samada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri   hasil kajian barat,  babi  membawa virus dan  t sejenis kuman yang tidak mati  'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit  . dalam menghadapi situasi ini  kita bertanya “mana kehebatan negara kuasa besar duia   tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta para saintis?  Mereka sedang mengkaji tetapi jangan lupa kemarahan  Allah terhadap mereka yang melupai peringatanNya


Amat menakutkan akibat dari babi ini H1N1  berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas..
hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana. Di Pusat membeli belah, di tempat parking kereta, di kedai kopi, di stadium, di perhimpunan. Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.

 

 

Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata bahaya ini  tak masuk lagi pengharaman lain yang telah lama di laknat Allah tetapi masih  berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi-sembunyi lagi tetapi sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk  seperti zina persundalan  dan lain –lain. 

Yang paling menakutkan kita masih  “pekak” dengan kemurkaan Allah. Biasanya bila dah reda sikit sesuatu wabak atau bala  kita akan lupa balik Allah. Lupa balik apa yang Allah larang balik asal buat engkar, bila kena bala baru semua pakat doa Allah balik solat mula rajin tapi bila dah sihat lupa lagi Allah . begitulah kedegilan sebahagian kita .

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.

 Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak.

Jangan lupa gunakan kuasa doa samada doa biasa ataupun doa dengan qunut “naazilah” ". Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Solat adalah tiang agama. Di dalamnya terangkum segala nilai iman dan Islam. Mendirikan solat sama dengan mendirikan ugama manakala tidak solat sama dengan meruntuhkan ugama. Antara matlamat utama bersolat adalah untik ingat kepada Alah namanya khusyuk. Khusyuk sangat membantu untuk melahirkan roh ”ingat ” dan inilah yang membuatkan solat akan mencegah fahsya’ dan mungkar di luar solat iaitu dalam kehidupan harian. Masalahnya solat tak khusyuk. Perbincangan kali ini kenapa solat tidak khusyuk? Perbincangan kali ini ialah mengenai sebab dan penghalang kenapa solat tidak khusyuk.

 

Antara sebab solat tidak khusyuk:

PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat.buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa buat dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang  ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam  boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut talifon berjam-jam penuh sungguh-sungguh tapi solat sekejap macam pikul bebanan. Jika tahap keiginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah”. Nak tingkatkan keghairahan untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al quran,ingat mati selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat. 

Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah makan makanan yang haram. Memkan yang haram bererti menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan melahirkan tenaga dan gerak. Kalau memakan yang haram Ia akan menggerak dan mendorong perbuatan yang jahat dan maksiat akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti liat untuk beribadat. Solat untuk mendekat dengan Allah benda maksiat kesanyan menjauhi Allah. Orang yang jauh dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat.kalau dah tak layan Allah akibatnya kene boolayanlah dari Allah.

Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan  nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat.bila ruku dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram,tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa. 

Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah,perkataan pula lucah dan cabul serta kotor,gurau senda yang melampau,umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat  bila maksiat penuh di hati zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah lalai solat tak tak punya ”roh” lagi.

Sebab KELIIMA dan KEENAM...Akan dikemaskini sedikit masa lagi, harap maklum. 

 
Pengumuman
29/1/2010 - ClustrMaps added to track visitor originate, just for records.
 
Artikel Popular
We have 7 guests online